Monday, 21 May 2012

Tips - tips Menjawab PMR



Disini aku nak kongsikan tip-tip bagi menjawab peperiksaan PMR yang pernah aku gunakan dulu. Aku ulas secara umum dan mengikut setiap subjek. Walaupun mungkin terdapat sedikit perubahan yang tidak ketara tapi rasanya cara ini boleh dipraktikkan.

1. Banyakkan menjawab koleksi soalan-soalan PMR tahun lepas. Dari situ dapat lihat bagaimana bentuk soalan dikeluarkan. Rajin-rajin tengok analisis soalan yang telah disediakan di buku tersebut.

2. Dapatkan soalan-soalan peperiksaan percubaan dari negeri-negeri lain,sekolah berasrama penuh dan MRSM. Ini benda biasa wajib buat lepas dapat soalan tersebut.

3. Bagi kertas Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk karangan baca balik latihan dan peperiksaan yang dah dibuat. Yang penting banyakkan input supaya dapat mengolah isi karangan nanti. Kurangkan kesalahan tatabahasa dan format. Elakkan menjawab karangan yang mempunyai format rumit seperti surat rasmi sebab risiko ditolak markah amat tinggi.

4. Untuk Geografi tiada tip khusus. Buat je soalan-soalan dalam buku rujukan dan koleksi soalan sebenar PMR. Pastikan anda tahu kedudukan benua tu kat mana dan ciri-ciri umum tempat tersebut. Fizikal,populasi penduduk,tanaman ruji,gaya hidup,cuaca dan lain-lain.

tip jawab peperiksaan


5. Sains ini subjek kritikal. Perlu banyak latihan dalam mengenalpasti proses sains yang berlaku. Formula kena hafal dan faham apa kaitannya. Daya,pembakaran dan sebagainya. Tiada cara mudah selain membuat latihan yang kerap. Kalau nak masuk kelas sains,ini subjek penting.

6. Sejarah ini mudah. Mengikut pengalaman aku hanya hafal soalan dan jawapan dari koleksi peperiksaan sebenar sebab selagi silibus tak diubah fakta tetap sama dalam buku tu.Aku tak suka baca buku sejarah sebab huraian dalam bentuk karangan bukan dalam point. Jadi aku suka baca buku rujukan dan baca soalan serta jawapan kertas peperiksaan. Apapun cikgu aku pesan dulu Sejarah ni belajar guna buku teks saja sebab point banyak kat situ.

7. Matematik amat seronok jika minat. Sama seperti Sains, tiada cara lain selain daripada membuat latihan yang banyak. Perlu diingatkan dalam Matematik konsep asasnya sama cuma pembuat soalan hanya mengubah sedikit konsep seperti klu-klu untuk dapatkan jawapan. Sebab tu kena banyak buat latihan sebab gaya soalan tidak tetap.

8. Kemahiran Hidup teknik sama seperti Sejarah sebab ia soalan tertutup. Buat je soalan-soalan tahun lepas sebab setiap tahun dah tiada benda nak disoal dalam Kemahiran Hidup ni.. Hehe..

9. Akhir sekali menghampiri peperiksaan dalam seminggu macam tu kurangkan tekanan, ulangkaji ringkas saja dan paling penting jangan berbincang selepas menjawab peperiksaan.


No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!