Sunday, 20 May 2012

Teknik Menjawab Kimia


                                       PANDUAN DAN TEKNIK MENJAWAB
                                              INSTRUMEN PENTAKSIRAN
                             MATA PELAJARAN KIMIA  KOD KERTAS 4541.

1.0 Format Instrumen
Bil
Perkara
Kertas 1(4541/1)
Kertas 2(4541/2)
Kertas 3(4541/3)
1
Jenis Instrumen
Ujian Objektif
Ujian Subjektif
Ujian Subjektif
2
Jenis item
Item objektif pilih
Jawapan
Aneka pilihan
Aneka Gabungan.
Setiap item mempunyai 4 pilihan jawapan ,
A , B , C dan D
Item subjektif:
Bhg A: Item Berstruktur
Bhg B : Item respons Terhad
Bhg C : Item respons terbuka.
Item subjektif :
Item Berstruktur
Item Respons Terbuka.
3
Bilangan soalan
50 (Jawab semua )
Bahagian A:
6 item (jawab semua)
Bahagian B :
2 item ( Pilih satu)
Bahagian C :
2 item (Pilih satu)
Item Berstruktur:
2 item(Jawab semua)
Item Respons Terbuka
1 item (wajib)
4
Jumlah markah
50
100
50
5
Cara memberi respons
Ditanda pada borang OMR
Ditulis pada ruang dalam kertas soalan
Ditulis pada ruang dalam kertas soalan
6
Tempoh ujian
1 jam 15 minit
2 jam 30 minit
1 jam 30 minit
7
Wajaran konstruk
Pengetahuan-25
Kefahaman-15
Aplikasi-10
Pengetahuan 14
Kefahaman 21
Aplikasi 29
Analisis 21
Sintesis 15
Kemahiran Proses Sains:
16 aspek dengan 3 skor maksimum
8
Aras kesukaran
R:S:T : 5:3:2
(25 item mudah ; 15 item pertengahan ; 10 item sukar
R:S:T : 5:3:2
( 50 skor mudah : 30 skor pertengahan; 20 skor sukar
-
9
Alatan tambahan
Kalkulator saintifik
Kalkulator saintifik
Kalkulator saintifik

2.0 Panduan Menjawab
2.1 Kertas 1 (Objektif)
2.1.1 Mulakan soalan mudah.Tinggal soalan yang tidak dapat dijawab untuk sementara.Baca semula dan 
 cuba jawab soalan yang ditinggalkan.
2.1.2 Cadangan penggunaan masa .1 ½ minit untuk setiap soalan.50 soalan –75 minit termasuk semakan.
2.1.3 Terus tandakan jawapan dalam kertas OMR.
2.2 Kertas 2 (Struktur)
2.2.1 Soalan bermula dengan maklumat tertentu. Fahamkan dan gunakan semasa menjawab
2.2.2 Jawapan ringkas dan tepat.Bagi soalan penghitungan,tunjukkan langkah penghitungan.
2.2.3 Cadangan penggunaan masa - 1 ½ jam (90 minit ) untuk 6 soalan termasuk masa semakan.
2.3 Kertas 2 (Esei)
2.3.1 Baca semua soalan dengan teliti
2.3.2 Pilih 1 soalan daripada bahagian B dan 1 soalan daripada bahagian C yang dirasakan memberi 
isi yang tepat dan terbanyak
2.3.3 Rancangkan jawapan secara sistematik mengikut maklumat yang dikehendaki soalan.
2.3.4 Setiap soalan / bahagian soalan terdapat jumlah peruntukan markah.Ini boleh digunakan 
sebagai panduanpanjang jawapan.
[ 1 markah – 1 poin ]
2.3.5 Berikan fakta-fakta utama. Dimana yang sesuai,huraikan jawapan dengan bantuan gambar rajah 
berlabel,graf, jadual atau persamaan kimia.
2.3.6 Cadangan penggunaan masa – 1 jam (60 minit) iaitu 30 minit setiap soalan termasuk masa semakan.
2.4 Kertas 3
2.4.1 Soalan melibatkan eksperimen yang dijalankan di makmal.Oleh itu pelajar mesti menghadiri 
pelajaran amali dan berlatih menulis laporan amali yang sempurna.Dengan ini membantu untuk menjawab 
dengan baik.
2.4.2 Kemahiran proses sains seperti memerhati,mengelas,mengukur dan menggunakan nombor,membuat inferens,meramal,berkomunikasi,menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir data, 
mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah dan membuat hipotesis harus dikuasai.
2.4.3 Biasakan dengan kemahiran membaca alat-radas seperti buret,jam randik dan sebagainya.
2.4.4 Buat latihan melukis graf.
2.4.5 Penggunaan masa- 1 jam 30 minit bagi ketiga-tiga soalan.
2.4.6 Untuk soalan 3 pelajar hendaklah menulis tajuk sub topik mengikut urutan seperti dalam soalan.
Contoh:
(i) Pernyataan masalah ATAU Tujuan eksperimen
(ii) Hipotesis ATAU Pemboleh ubah
(iii) Bahan dan radas
(iv) Prosedur
(v) Penjadualan data

3.0 Kata Tugas
Biasanya soalan bermula dengan kata tugas iaitu apa yang pelajar harus jawab.Pelajar harus tahu kata tugas untuk 
memastikan jawapan yang ditulis mengikut kehendak soalan.

Kata Tugas
Penerangan / contoh
Namakan
Berikan nama dan bukan formula.
ContohNamakan unsur utama yang dicampur dengan kuprum untuk membentuk gangsa.
Jawapan: Stanum Bukan : Sn.
Nyatakan
Menulis jawapan dalam bentuk fakta ringkas sahaja.Penerangan tidak diperlukan.
Contoh: Nyatakan satu sifat asid.
Jawapan : menukarkan litmus biru kepada merah.
Nyatakan
pemerhatian
Menulis apa yang dilihat sahaja dari segi fizikal.
ContohNyatakan pemerhatian apabila pita magnesium
dimasukkan ke dalam asid hidroklorik.
Jawapan: Pembuakan/gelembung gas.
Bukan : Gas hidrogen terbebas.

Menulis perubahan warna asal dan warna akhir.
ContohNyatakan pemerhatian pada warna larutan kuprum(II) sulfat.
Jawapan: Warna biru larutan menjadi tidak berwarna/semakin pudar
Bukan: Larutan menjadi tidak berwarna.
Terangkan
Menulis jawapan dengan memberi sebab-sebab untuk menjelaskan sesuatu kenyataan / fakta / prinsip.
Contoh: Terangkan mengapa gangsa lebih keras daripada kuprum tulen
Jawapan : Dalam kuprum tulen, atom mudah menggelongsor.Dalam gangsa, atom
Stanum mengganggu susunan atom kuprum.Dengan itu menghalang gelongsoran
atom kuprum.
Apakah yang dimaksudkan
(Takrif)
Memberi makna yang tepat.
Contoh: Apakah yang dimaksudkan dengan hidrokarbon.
Jawapan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogensahaja.
Bukan: Sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen
Berikan ujian kimia
Memberi kaedah ujian dan pemerhatian.
Contoh: Berikan satu ujian untuk mengenali ion Fe3+.
Jawapan : Campurkan larutan natrium hidroksida. Mendakan perang terbentuk.
Ujian gas
Menyatakan kaedah dan pemerhatian
Contoh: Huraikan bagaimana gas (hidrogen) disahkan hadir.
Jawapan: Masukkan kayu uji bernyala ke dalam tabung uji berisi gas.
Bunyi’pop’ terhasil.
Bukan: Uji gas dengan kayu uji bernyala.
Huraikan
Menulis dengan lengkap apa yang dilakukan,diperhati atau dideduksikan.
Contoh: Huraikan bagaimana anda menyediakan larutan kuprum(II) sulfat
Bermula daripada  pepejal kuprum(II)oksida.
Jawapan : Campurkan kuprum(II)oksida kepada asid sulfurik cair sehingga
berlebihan.Turaskan untuk mendapatkan hasil turasan.
Bincangkan
Memberikan isi-isi penting serta mengkaji setiap satu isi itu secara kritikal.
Contoh: Bincangkan dari segi teori ion mengapa pepejal plumbum(II) bromida
Tidak Boleh mengalirkan elektrik tetapi plumbum(II)bromida lebur boleh.
Jawapan: Plumbum(II) bromida adalah sebatian ion.Dalam pepejal,ion-ion terikat
kuat  oleh  daya elektrostatik.Oleh itu ion-ion tidak bergerak bebas.Apabila
dileburkan ion-ion  bergerak bebas.
Ramalkan
Membuat jangkaan sesuatu yang akan berlaku betrdasarkan fakta.
Contoh: Ramalkan kenaikan suhu yang dijangka jika eksperimen I dijalankan menggunakan radas  yang lebih besar.
Jawapan:Kenaikan suhu lebih rendah.
Bandingkan
Menyenaraikan perbezaan dan persamaan antara dua perkara .
Bezakan
Menyenaraikan semua perbezaan antara dua perkara.
Contoh: Nyatakan tiga sifat yang boleh membezakan antara sebatian ion dengan
sebatian kovalen.
Jawapan:[ Menyenaraikan 3 sifat sebatian ion dan 3 sifat sebatian kovalen ]
Lukiskan gambar rajah radas
Melukis gambar rajah dengan lengkap
(i) radas berfungsi (contoh: tidak bocor / gabus tidak masuk ke dalam )
(ii) label
(iii) Jika ada larutan, larutan perlu dilorek.
(iv) Jika ada pemanasan-anak panah dan perkataan panaskan dibawah anak panah.
Lukiskan susunan elektron bagi sebatian yang terbentuk
(i) Sebatian ionik –Bilangan elektron betul bagi semua petala. Cas ion juga ditunjukkan.
(ii) Sebatian kovalen- 8 elektron disetiap petala luar dan perkongsian elektron betul.
Semua petala  ditunjukkan. Bilangan atom yang berpadu juga betul.
Lukiskan graf
Graf dilukis dengan paksi dilabel dan unit betul.
Skala yang sesuai , pemindahan titik betul , bentuk dan graf licin.
Jika hitung kadar pada masa tertentu-lukis segitiga tepat pada tangen lengkungan graf.
Lukiskan gambar rajah aras tenaga
Gambar rajah aras tenaga – anak panah tegak, 2 garis ufuk dan tenaga dilabel.Bahan tindak balas dan hasil tindak balas di garis yang betul.
Lukiskan susunan zarah dalam pepejal
Melukis susunan zarah sekurang-kurangnya tiga baris dan bersentuh tetapi tidak bertindih.
Lukis arah pengaliran elektron dalam sel.
Melukis arah pengaliran elektron-anak panah pada atau selari dengan wayar penyambung dan bukannya merentasi larutan atau melalui larutan.
Tuliskan persamaan kimia
Persamaan yang ditulis mesti seimbang. Keadaan tidak diperlukan. Jika ditulis mesti betul.
Hitungkan
Menghitung dengan menunjukkan jalan kerja (konsep) dan jawapan akhir serta unit.

4.0 Kesilapan biasa Calon
4.1 Soalan struktur
4.1.1 Tidak memahami tugasan soalan / kehendak soalan
4.1.2 Menyalin semula soalan
4.1.3 Jawapan terlalu panjang / memanjangkan jawapan
4.1.4 Memberi lebih daripada satu jawapan
4.1.5 Memberi unit yang salah
4.1.6 Masalah ejaan pada istilah
4.2 Soalan esei
4.2.1 Tidak faham tugasan soalan
4.2.2 Jawapan terlalu umum –tiada isi
4.2.3 Isi yang diberi tidak sama dengan markah yang diperuntukkan.
4.2.4 Tidak sertakan gambar rajah sebagai pelengkap
4.2.5 Tulisan sukar dibaca
4.2.6 Bahasa – penyampaian tidak memuaskan
4.2.7 Fakta tidak tersusun
4.3 Lain-lain (terdapat dalam struktur dan esei)
4.3.1 Persamaan tidak seimbang
4.3.2 Tidak dapat membezakan antara persamaan ion, persamaan bagi setengah tindak balas atau persamaan keseluruhan.
4.3.3 Tidak dapat menyatakan warna bahan dengan tepat
4.3.4 Tidak menyebut warna asal bagi sesuatu perubahan.
4.3.5 Kesilapan gambar rajah
4.3.6 Kesilapan dalam penghitungan dimana tidak menunjukkan jalan kerja.
4.3.7 Tidak menghuraikan kaedah bagaimana ujian ke atas sesuatu bahan dijalankan.
4.3.8 Tertinggal perlakuan-perlakuan penting dalam huraian eksperimen seperti gaulkan,campurkan,gaulkan campuran dengan rata,panaskan dengan kuat.
4.3.9 Bagi huraian eksperimen yang berkaitan dengan kuantiti,terdapat calon yang tidak memberikan kuantiti yang sesuai malah ada yang tidak menyebut langsung
4.3.10 Keliru dengan pemerhatian.Contoh:Gas hidrogen dibebaskan.Sepatutnya pembuakan/gelembung gas.
4.3.11 Melukis graf : paksi-paksi tidak dilabel dan tiada unit.
4.3.12 Menganggap Siri kereaktifan sama Siri elektrokimia.
4.3.13 Tidak menyebut keadaan bahan yang digunakan atau hasil yang terbentuk
4.3.14 Soalan yang memerlukan perbezaan antara dua bahan, ada calon yang menumpukan kepada satu bahan sahaja.Misalnya soalan tentang perbezaan sebatian ionik dan sebatian kovalen.Calon hanya memberikan sifat sebatian ionik sahaja
4.4 Penggunaan istilah / perkataan yang tidak tepat.


Bil
Tidak tepat
Sepatutnya.
1
Mendakan perang
Enapan perang
2
Atom yang stabil
Atom mencapai susunan elektron oktet yang stabil
3
Konfigurasi elektron
Susunan elektron
4
Larutan jernih
Larutan tanpa warna
5
Ion iodida bertindak balas lengkap
Ion iodida habis bertindak balas//semua ion iodida bertindak balas lengkap
6
Tindak balas tidak berlaku(pemerhatian)
Tiada perubahan
7
Mempercepatkan kadar tindak balas
Kadar tindak balas bertambah/meningkat
8
Pembakaran dengan karbon
Pembakaran dengan oksigen
9
Magnesium lebih aktif daripada zink
Magnesium lebih reaktif daripada zink
10
SEK
Siri elektrokimia
11
Magnesium lebih reaktif daripada zink (siri elektrokimia)
Magnesium lebih elektropositif daripada zink.
12
Magnesium lebih elektropositif daripada zink.(siri kereaktifan)
Magnesium lebih reaktif daripada zink
13
Campurkan ammonia
Campurkan larutan ammonia
14
Larutan kalium permanganat
Larutan kalium manganat(VII) berasid
15
Polistirena dapat mencegah kehilangan haba
Polistirena mengurangkan kehilangan haba
16
Takat lebur ialah takat dimana pepejal berubah menjadi cecair
Takat lebur ialah suhu dimana pepejal berubah menjadi cecair
17
Bilangan elektron terluar
Bilangan elektron di petala luar/terluar
18
Fungsi titian garam ialah melengkapkan litar dan mengasingkan larutan
Fungsi titian garam ialah membenarkan ion melaluinya
19
Natrium menderma elektron
Atom natrium menderma satu elektron
20
Struktur elektron stabil
Susunan elektron octet
21
Elektron sudah penuh dipetala luar
Terdapat lapan elektron di petala luar
22
Tarikan nukleus ke atas petala luar
Tarikan nukleus ke atas elektron di petala luar
23
Saiz unsur bertambah
Saiz atom bertambah
24
Kadar tindak balas cepat
Kadar tindak balas bertambah
25
Kadar tindak balas perlahan
Kadar tindak balas berkurang
26
Saiz bahan yang kecil mempunyai luas permukaan yang besar
Saiz bahan yang kecil mempunyai jumlah luas permukaan yang besar
27
Bilangan zarah bertambah apabila kepekatan bertambah
Bilangan zarah per unit isipadu bertambah apabila kepekatan bertambah
28
Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik
Sebatian ion dapat mengalirkan arus elektrik dalamkeadaan lebur atau akueus.
29
Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada hidrogen
Jisim atom relatif sesuatu unsur berapa kali satu atom unsur itu lebih berat daripada satu atom hidrogen
30
Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen.
Hidrokarbon ialah sebatian yang mengandungi karbon dan hidrogen sahaja.
31
Nombor pengoksidaan ferum berubah
Nombor pengoksidaan ferum bertambah dari +2 ke +3
32
Daya tarikan sebatian ion kuat
Daya tarikan antara ion dalam sebatian kuat
33
Daya tarikan dalam molekul lemah
Daya tarikan antara molekul lemah
34
Polimer adalah bahan yang terdiri daripada monomer-monomer
Polimer adalah bahan yang terbentuk daripada penggabungan monomer-monomer
35
Warna kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna
Warna ungu larutan kalium mangganat(VII)menjadi tanpa warna
36
Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala
Atom natrium dan klorin terletak dalam kala yang sama kerana kedua-dua atom mempunyai tiga petala berisi elektron
37
Sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.
Molekul sabun terdiri daripada bahagian hidrofilik dan hidrofobik.
38
Sabun merendahkan tegangan permukaan pakaian
Sabun merendahkan tegangan permukaan air
39
Zink karbonat berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk
Zink oksida berwarna kuning semasa panas dan putih semasa sejuk
40
Kuprum didiscas dikatod
Ion kuprum didiscas dikatod


5.0 Sifat Jawapan Yang Baik
5.1 Tepat
5.2 Ringkas
5.3 Lengkap
5.4 Jelas
5.5 Bersih
5.6 Teratur.
6.0 Peringatan dan Pesanan
6.1 Konsep mol
Perlu dikuasai dengan baik.Perlukan pelbagai latihan dalam semua tajuk yang berkaitan dengan konsep mol.
Antara tajuk yang terlibat dengan konsep mol
 Formula dan persamaan kimia
 Asid, bes dan garam
 Termokimia.
 Kadar tindakbalas
6.2 Menjawab soalan
Kuasai kemahiran memahami arahan /tugasan soalan.Baca soalan dengan teliti.Pastikan jawapan yang diberikan
 setanding dengan peruntukan markah untuk soalan yang dijawab itu.
Bagi soalan esei, buat rangka jawapan terlebih dahulu.
Banyakkan latih-tubi dengan menjawab soalan-soalan yang lebih mencabar
Jawab juga soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
Mesti buat latihan penghitungan yang melibatkan pelbagai hubungkait.Dalam penghitungan,unit hendaklah 
diberi perhatian sewajarnya.
6.3 Penguasaan
6.3.1 Bahasa/ istilah
 Gunakan istilah yang tepat,tidak kabur atau secara umum sahaja
 Perlu latihan menggunakan bahasa yang tepat dalam menghuraikan eksperimen , memberi maksud
atau menerangkan sesutu konsep.
6.3.2 Formula bahan kimia
 Perlu untuk membina persamaan kimia.
 Jenis-jenis persamaan harus diketahui dan dapat dibezakan.Misalnya persamaan ion , setengah persamaan.
 Persamaan penting kerana digunakan untuk menghitung kuantiti bahan atau hasil tindak balas.
6.3.3 Huraian eksperimen.
 Jawapan mestilah lengkap dan terperinci tidak hanya melukis gambar rajah susunan radas tanpa huraian.
 Tulis senarai bahan kimia dan alat radas.
 Beri penekanan kepada cara membuat pemerhatian dan kemahiran proses.
6.4 Amalkan pembelajaran menyeluruh dan seimbang , iaitu dengan memberi tumpuan yang sama kepada
semua bahagian dalam sukatan pelajaran kimia.
6.5 Lebihkan latihan bagi topik sebatian karbon dan hubungkaitkan alkana , alkena , alkohol , asid karboksilik
dan ester.
6.6 Jangan terus melupakan tajuk-tajuk / bahagian yang banyak menghafal dan mengingat.
Yang perlu dihafal ialah:
6.6.1 Jadual Berkala bagi unsur kumpulan 1,17 dan 18 serta kala 3.
6.6.2 Jadual cas ion
6.6.3 Siri elektrokimia /siri kereaktifan
6.6.4 Formula am siri homolog dan nama bagi 10 ahli pertama dalam setiap siri homolog.
6.6.5 Keterlarutan garam
6.6.6 Ujian kualitatif anion dan kation
6.6.7 Carta aliran penukaran etanol.
6.7 Bagi kertas 3
6.7.1 Fokuskan kepada cara membaca jam randik , buret dan termometer dengan tepat iaitu menguasai
 kemahiran mengukur dan menggunakan alat mengukur.
6.7.2 Menulis laporan eksperimen mengikut format yang bersistematik
6.7.3 Mengingat semua kemahiran proses sains.
6.7.4 Fokus kemahiran melukis graf dan membina jadual

No comments:

Post a Comment

Thanks For Your Comment!