Teknik menjawab soalan.
- Untuk menjawab soalan-soalan objektif PMR dengan tepat (betul), calon perlu mengetahui, memahami, menguasai segala konsep, kemahiran dan fakta yang tercatat dalam sukatan pelajaran Geografi KBSM.
- Teknik pemilihan yang cekap dapat membantu calon memilih jawapan yang tepat walaupun anda berkemungkinan terlupa mengenai sesuatu fakta, konsep atau kemahiran yang anda pelajari.
- Untuk soalan jenis aneka pilihan, hanya satu daripada empat pilihan jawapan yang diberikan adalah jawapan yang tepat. Oleh itu, tiga pilihan yang lain bukan jawapan kepada soalan yang kadangkala salah sama sekali.
- Sekiranya anda tidak pasti akan jawapan yang sebenarnya, anda dapat menentukan jawapannya dengan kaedah penyingkiran, iaitu dengan menyingkirkan pilihan-pilihan yang jelas sekali tidak dapat diterima sebagai jawapan. Dengan kaedah ini, berkemungkinan anda dapat memilih jawapan yang betul. Cara ini lebih baik daripada memilih secara melulu atau meneka.
- Untuk soalan aneka pelengkap, kaedah penyingkiran boleh digunakan juga, iaitu dengan menyingkirkan gabungan pilihan yang diberikan.
- Apabila anda menjawab soalan aneka pelengkap, anda perlu memberikan perhatian kepada pilihan I dahulu, seterusnya diikuti dengan pilihan-pilihan lain ( II, III dan IV ).
- Selain kaedah penyingkiran, kaedah hubung kait kadangkala dapat membantu anda menentukan jawapan yang betul untuk soalan aneka pilihan.
Soyrce:http://cikgufitri.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Thanks For Your Comment!