Monday 21 May 2012

TOPIK TUMPUAN PMR


SELANG KONTUR / SELA KONTUR
1. Selang Kontur @ Sela kontur adalah merujuk kepada perbezaan nilai antara setiap garisan kontur yang dilukis pada sesebuah peta topografi. Nilai perbezaan garisan kontur hendaklah diberikan secara berturut ( dalam nilaian gandaan ) sebagai contoh :
  • 10, 20, 30, 40
  • 15, 30, 45, 60
  • 25, 50, 75, 100
2. Nilai tersebut hendaklah diberikan secara sama kepada garisan-garisan kontur yang lain pada sesebuah peta yang sama ( sekiranya sesebuah peta mempunyai lebih daripada satu ciri kawasan tanah tinggi - banyak kontur )

TIPS PEPERIKSAAN :

1. Soalan yang dikemukakan adalah tergolong dalam aras senang.
2. Bagi memudahkan/memastikan pelajar menjawab dengan tepat, pelajar hanya perlu melihat nilai @ nombur pertama yang diberikan pada garisan kontur dalam peta topografi.

Contoh 1 : PMR 2005

 
Soalan :
Sela kontur peta ini adalah 15

Perhatikan nilai mula garisan kontur dalam peta. Nilai mula ialah 15

Contoh 2 : PMR 2006

 Soalan :

 Selang kontur peta ini ialah 50

Perhatikan nilai mula garisan kontur pada peta iaitu 50

Contoh 3 : PMR 2007

 
Soalan :

Berapakah selang kontur dalam peta?
Jawapan : 30

Perhatikan nilai mula bagi garisan kontur dalam peta iaitu 30

Contoh 4 : PMR 2010

 
Soalan :

Selang kontur dalam peta ialah 15

Perhatikan nilai mula bagi garisan kontur dalam peta iaitu 15