Assalamualaikum wbt.
Hah, mesti cepumas kan bila dah baca tajuk tu?
Saya tak jugalah nak bangga tapi sekadar share kemanisan hasil setelah sebuah keperitan usaha.
Okay, biar saya bagi keputusan-keputusan exam saya.
UPSR : 4A 1B
PMR : 8A
SPM : 3A+ 4A 2A- 1B
Saya tak tipu okay?
Sekarang, saya tengah melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan [KML] menerusi jurusan Sains PST Modul 1.
Tapi kalau menurut awak, saya ni gamaknya lebih idiot dari awak,
silalah tinggalkan blog ini. Jangan tinggalkan komen yang kurang enak.
Simple sahaja sekiranya adik-adik nak dapatkan result sebegini.
- Banyakkan berdoa dan jangan tinggalkan solat. Paling penting.
- Berusaha sebelum bertawakkal.
- Minta restu ibubapa, keluarga, sahabat dan guru.
- Bagi subjek yang memerlukan hafalan, elakkan daripada belajar dalam keadaan yang bising dan riuh.
- Bagi subjek mencabar pemikiran seperti Matematik, saya GALAKKAN untuk mendengar lagu tetapi jangan OVER. Nanti lalai.
- Banyakkan buat amalan sunat.
- Banyakkan berfikir, kurangkan bercakap.
- Rajin bertanya guru tentang soalan-soalan hotspot.
- Boleh buat study group sekiranya mampu memberi dan menerima.
- Jangan tidur lewat sangat.
- Makan jangan tinggal juga.
- Sentiasa berfikiran positif kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita :)
Harap membantu! ^^